Thursday, September 17, 2009

Calon Pilihan Pengundi DUN N 31 Bagan Pinang




Kalau BN/UMNO nak menang dalam pilihanraya kecil DUN N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan, BN perlu memilih calon yang disenangi dan boleh diterima oleh semua pengundi. Calon tersebut perlu bersih dan "kelihatan bersih", mewakili generasi muda dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dan anak tempatan.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin sebagai Penyelaras UMNO dalam pilihanraya kecil tersebut perlu tegas dalam menentukan calon BN. Jangan terlalu menjaga "muka" hingga akhirnya parti tewas sepertimana kesilapan yang berlaku di Permatang Pasir.

Tan Sri Muhyiddin wajar membuat keputusan menolak nama calon yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Telok Kemang kerana calon tersebut akan menimbulkan masalah kepada BN. Biarlah calon tersebut tidak mendapat sokongan UMNO Bahagian asalkan ia mampu untuk mendapat sokongan undi daripada para pengundi Bagan Pinang.

Bukan masalah Tan Sri Isa Samad tidak berwibawa, tetapi petunjuk oleh pengundi seluruh negara dalam PRU 12 dan 8 siri pilihanraya kecil yang lalu jelas membuktikan pengundi mahu perubahan. BN, UMNO dan Tan Sri Muhyiddin sendiri amat wajar menginsafi akan perubahan ini.

No comments:

Post a Comment